Sunday, April 25, 2010
KUALA KUBU BARU, 25 April – Calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan anggap kejayaan BN sebagai kemenangan kepada pimpinan Perdana Menteri, terutama penerimaan rakyat terhadap Gagasan 1Malaysia.

“Kemenangan ini bukan saya punya, kemenangan ini milik Jentera BN, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan seluruh rakyat Hulu Selangor.

“Saya amat terharu dengan kemenangan ini dan sedar rakan-rakan di Hulu Selangor beri kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab. Saya sedar tanggungjawab yang dipikul akan dinilai secara keseluruhan iaitu BN.

“Secepat mungkin saya akan melawati semua pengundi, tidak kisah sama ada mereka mengundi saya atau tidak. Bagi saya semua mereka sama saja, saya nak jumpa untuk ucap terima kasih,” pada sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor di sini, malam ini.

Ketua Penerangan MIC Pusat itu juga memberitahu, beliau akan berpindah rumah untuk tinggal di Hulu Selangor di dalam masa terdekat.

“Saya berjanji, saya akan bekerja keras untuk mendapatkan semua sokongan rakyat tanpa mengira kaum dan selepas ini. Terima kasih kepada semua rakan media, sesungguhnya manusia merancang, Tuhan menentukan,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Tweet Update

VIDEOS